CINTA PERTAMA VS CINTA UTAMA

Beriya-iya benar pertanyaan itu diajukan kepada ana. Ya, susah benar melupakan CINTA pertamanya.

“ sudah sepuluh tahun berlalu tapi hati tetap mengingati si Dia,” akuinya terus-terang.

“kenapa berpisah?” Tanya ana bersimpati.

“orang tua ada pilihan lain”ujarnya sayu.

“Dia telah berkahwin?”

“Sama macam saya. Kami sama-sama dah berkahwin. Saya mempunyai dua orang cahaya mata dan Dia baru seorang....”

“Cinta isteri sekarang?”tusuk kata ana perlahan.

Dia termenung....

“Tidak cinta barangkali, cuma terpaksa....”tebak ana lagi.

“Ehh..,tidak! Dia seorang isteri yang baik cuma....”

“Cuma tak dapat melupakan cinta pertama?”

Dia mengangguk..

“Cinta bukan Tuhan,”tegas ana padanya.

“Maksudnya?”

“Kita tak perlu tunduk kepadanya. Jangan apa sahaja ‘perintahnya’diikuti. Jangan menjadi hamba Cinta pertama!” jelas ana.

“Entahla...keliru pula”

“Jadilah hamba cinta utama.”tambah ana.

“Cintakan Allah cinta yang utama. Apabila kita telah cinta yang utama,cinta yang lain akan tunduk akur kepadanya...”Tambah ana lagi.

***********************
“Mungkin bekas kekasih saya dulu terbaik.......”katanya.

“Mungkin juga.. Tapi dia terbaik untuk suaminya kini. Dan anta juga terbaik,untuk isteri anta kini...”

“Siapa yang boleh menjamin kata-kata itu?”

“Cinta utama-Allah. Bila Allah mentakdirkan sesuatu, pasti itulah yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Maha suci Allah daripada bersifat zalim.”
“Saya tak pasti. Benarkah begitu?” Ana tersenyum dan menepuk bekalangnya pelahan.

“Ilmu kita terbatas,Ilmu ALLAH maha luas. Tidak dapat kita jangkaui hikmah takdir yang tersirat. Jika belum nampak kebaikannya masa kini, masa akan datang pasti terserlah jua. Sebagai hamba yang beradab, katakan begini.....Ya ALLAH,aku belum nampak lagi kebaikan takdir-Mu kini tetapi aku pasti ketentuan-Mu pasti ada kebaikannya nanti.

“Jadi apa jalan penyelesaiannya?”

“Cintailah apa yang ada,jangan cintai yang tiada. Keluarlah dari kenagan lama,hadapilah kenyataan hari ini.”

“Ah,sukarnya....”

“Lebih sukar jika yang ada sekarang terlepas dari gengaman.”

“Maksudnya....?”

“Seorang isteri, dua orang anak...sanggup awak korbankan kerana Cinta Pertama?”

“Tergamakkah saya berbuat begitu..?’Matanya memandang redup....jauh ke hadapan.

“Awak yang mesti jawab soalan itu. Bukan ana.”

“Kalau awak jadi saya?”

“Jika Ana jadi Anta, jawapannya...ya ! Anta kan mengagungkan Cinta pertama..Bukan ana.”

“Tak Sanggup!”

“ Jika tak sanggup lupakan. Kita tak boleh mengubah peristiwa yang telah berlaku tetapi kita boleh mengubah perasaan kita terhadapanya. Jika kita tidak dapat apa yang kita suka,sukailah apa yang kita telah dapat..jangan putus cinta dua kali...”

“Apa caranya?”

“ Cintailah CINTA YANG UTAMA. Apabila kita cintakan ALLAH, kita mampu mengubah cinta kita selaras dengan Kehendak-Nya.”

“Apa kehendak ALLAH terhadap saya?”

“Cintailah isteri...setiap suami mencintai isteri...bukan bekas kekasih.”

**Tingkatkanlah cinta kepada Pencinta Cinta-ALLAH. Dialah Al-Wahab(maha pemberi)**

No comments:

Post a Comment