Fadhilat Ramadhan

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

KELEBIHAN RAMADHAN


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Indahnya..


Indahnya..

Seorang Anak..
yang ku cium amanahnya,
aku mengasihi kejujurannya..
Saidatina Fatimah yang dikasihi
Ayahandanya Baginda Rasulullah...

Seorang wanita..yang kuhirup airmatanya
Yang aku cintai kesuciannya..
Mariam binti Imran..
Yang tulus cintanya melahirkan nabi Allah..

Seorang Isteri..Yang ku kagumi sejarahnya
Aku menginsafi kehidupan Hajar,
Yang tabah dan sabar hatinya..
Tika di uji keimanannya
Di Safa dan Marwah..

Seorang ibu..Yang ku simpan kasihnya,
Aku merasai kewarakkan Masyitah..
Yang tidak putus-putus diseksa...
Yang sentiasa membasahi lidah..
Dengan Zikrullah..

Seorang guru..Yang ku ingin tuntut ilmunya,
Aku mengkagumi Saidatina Aisyah r.a..
Yang berjuang menegakkan kalimah Allah..
Di Madinah al-Munawwarah..

Seorang Imam yang aku bermakmum di belakangnya..
Aku menikmati Keindahan Surah An-Nisa..
Yang memuliakan perempuan dalam kesucian Al-Quran
Dalam keunggulan Islam..

Maha suci Engkau ya Allah..
Alhamdulillah kerna menjadikan aku..
Seorang muslimah yang beriman..

Bicara Hatiku..


"Ya Allah..
Cintakanlah aku pada insan yang melabuhkan cinta dan kasih sayangnya hanya pada-Mu..
Agar dapatku melabuhkan cinta dan kasih sayangku jua hanya untuk-Mu..

Ya Rabbana..
Hadirkanlah padaku seorang teman di sisiku ini seorang insan yang beriman, bertaqwa dan bermujahadah serta berjuang di jalan dakwah-Mu..
Agar dia dapat membimbingku menjadi seorang muslimah
Yang beriman dan bertaqwa sepertinya..

Ya Muhaimin...jika Engkau tetapkan dia untukku..
Engkau tetapkanlah pula hati dan diriku hanya untuk-Mu..
Sesungguhnya Engkaulah cinta hatiku yang Hakiki..
Periharalah jua cintaku padanya..
Agar aku tidak melebihkan cintaku pada-Mu Ya Allah..

Ya Allah..
Lindungilah kami dari segala fitnah dan dusta dunia..
Yang boleh melalaikan kami hamba-Mu ini..
Dari terus mengingatiMu..

Ya Allah..
Andai tetap apa yang Engkau berikan kepada kami..
Maka teguhkanlah Hati-hati dan jiwa-jiwa kami ini..
Andai telah Engkau tetapkan ujian dan dugaan
Dalam mengharungi kehidupan duniaMu..
Ku mohon hanya padaMu ya Rabbi..
Agar Engkau kuatkan Iman dan hati kami menghadapinya..

Ya Rahim..
Kiranya Engkau berikan kami dengan nikmat cinta dunia,
Ya Rabbul Izzati..ku mohon jauhkanlah hati kami..
Daripada lalai dan alpa untuk mengingati..
Kecintaan-Mu dan Kesyukuran
Atas nikmat yang Engkau berikan..

Tiada tempat untukku mengadu dan berharap selain padaMu Ya Allah..

Ya Allah..
Ingatkanlah aku tika alpa,
Sedarkanlah aku tika leka,
Dan bangkitkanlah aku tika terlena..
Dengan nikmat dunia yang hanya sementara..

















Munajat..

Ya Hayyu..Ya Qayyum..
Terimalah Subuhku dalam HidayahMu,
Berkatilah Zuhurku dalam RahmatMu,
Ampunilah lalaiku dalam Asarku,
Peliharalah Imanku dalam Maghribku,
Redhailah Isyakku dalam KasihMu...,

Ya Azim..
Jumaatku basah dalam As-sajadah..
Fajarku syahdu doa Akasyah...
Pagiku hening restu Haikal..
Dhuhaku nyaman selawat An-Nur Muhammad..
Tahajjudku indah Al-Mulk kebesaran-Mu Ya Allah..,

Ya Allah...
Rahman dan Ar-RahimMu kekalkan kebahagianku..
Sunat Isya'ku mohon rezeki-Mu..
Sunat Taubatku mohon keampunan-Mu..
Sunat Hajatku mohon makbul-Mu..
Terimalah Ya Allah...Sujud Syukurku..

Tuhanku..
Limpahkanlah aku Rahmat Ikhlas..
Hindarkanlah aku daripada Riak bias..
Dalam Syahadah-Mu ya Rabbi..
Nikmat syukurku..

INGIN AKU...


Ya Allah...
Ingin aku menjadi seperti Khadijah,

Yang sanggup berkorban apa sahaja,
Demi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya..

Ya Rahman..

Ingin aku mempunyai cinta..

Sesuci cinta Rabiatul Adawiyyah,
Yang sanggup menghambakan dirinya

Untuk mendapatkan cintaMu Ya Rabbi..

Ya Muhaimin..

Ingin aku punya cinta setulus cinta Zulaikha,

Yang mendamba cinta KekasihMu ya Allah,
Sehingga dia terlupa pada dunia..

Ya Rahim..

Ingin aku menjadi seperti Hajar dan Sarah,
Yang sanggup berkongsi kasih..
Demi kepentingan agama KhaliqNya..

Ya Alim..

Ingin aku menjadi seperti Sumaiyyah,
Yang teguh hati dan imannya..

Walau bertaruh nyawa,
Demi kalimah Syahadah..

Ya Rabbi..

Ingin aku menjadi seperti Asiyah,
Biar tersiksa hidup di dunia..
Namun hatinya tetap bersemi..

Cinta pada Rabbul izzati..

Ya Azim..
Ingin sekali aku menjadi seperti Aisyah,
Yang ayat-ayat cintanya hanya..
Melafazkan cinta demi Allah dan RasulNya,
Serta berjuang demi Ad-dinnya..
Dan menjadi sayap kiri..
Pada insan bergelar suami..

Tapi layakkah aku menjadi seperti mereka ini..

Sedang iman semakin lesu..

Hati pula bertarung dengan hawa nafsu yang memburu..
Akal seakan-akan buntu...

"Ya Allah..bantulah aku,

Menjadi seperti mereka yang berusaha meraihi.. cinta serta redhaMu..
Dan pasrah pada setiap takdir ketentuanMu..
~~ Istajib du'a ana~~
-Amiin-

siapakah yang kelak menjadi imam dan makmum ku?


Alhamdulillah..(^_^)

Cinta adalah anugerah..

Cinta adalah fitrah..

Andai salah wasilah..
Cinta bisa menjadi barah..


sesungguhnya cinta di antara lelaki dan perempuan itu adalah fitrah..namun apakah ia menjadi alasan dalam membenarkan perhubungan yang haram?

wallahua'lam..

andai mahukan seorang isteri yang tidak pernah bercouple, maka seorang lelaki itu juga tidak boleh bercouple...

andai mahukan seorang suami yang tidak pernah bercouple, maka seorang lelaki itu juga tidak boleh bercouple..


wallahua'lam..


andai mahukan seorang isteri yang tidak pernah "sms" pada lelaki yang haram baginya, maka seorang lelaki itu juga tidak boleh "sms" pada perempuan yang haram baginya..


andai mahukan seorang suami yang tidak pernah "sms" pada perempuan yang haram baginya, maka seorang perempuan itu juga tidak boleh "sms" pada lelaki yang haram baginya..


wallahua'lam..


dan sesungguhnya..


Firman Allah S.W.T yang bermaksud :


"dan wanita-wanita yang baik
adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)" (Surah An-Nur ayat 26)
amin...insya Allah..


wallahua'lam..

apakah seseorang lelaki itu boleh mengatakan kepada seorang perempuan "engkaulah isteriku", pada hal di antara mereka masih belum ada apa2 perhubungan yang sah, hanya "percintaan" yang haram sahaja..


apakah seorang perempuan itu boleh mengatakan kepada seorang lelaki "engkaulah suamiku", pada hal di antara mereka masih belum ada apa2 perhubungan yang sah,
hanya "percintaan" yang haram sahaja..


dan..sesungguhnya..

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :


"Dan tidaklah patut bagi
seorang lelaki Muslim dan perempuan Mukmin apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan satu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan sesiapa menderhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata" (surah Al-Ahzab ayat 36)

wallahua'lam..


sesungguhnya.. jangan salahkan pada anak-anak nanti andai mereka juga bercouple kelak andai perhubungan suami isteri itu di dasarkan pada suatu perkenalan dan kaedah yang haram di sisi Islam...wal iyya dzubillah..
sesungguhnya...setiap buah yang cantik datangnya dari benih yang baik...


wallahua'lam..


andai mahukan kehidupan suami isteri yang bahagia dan diredhai Allah S.W.T, dan mempunyai anak2 yang comel dan soleh dan solehah,
maka mulakanlah ia dengan kaedah yang halal...


sesungguhnya Islam itu mudah,
namun mudah Islam adalah apabila engkau memudahkan dirimu dalam mengamalinya dengan sebenar-benarnya amalan..


wallahua'lam..

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

" Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami),
dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang
bertaqwa"
(Surah Al-Furqan ayat 74)

amin..insya Allah..

wallahua'lam..

~~Sahabat Yang Soleh~~


Bicaranya indah bagai Al-Quran,
Malunya pada Allah mengatasi sifat perawan,
Beraninya tika berjuang lambang seorang pahlawan,

Imannya menjadi perisai segala godaan,
Hidupnya berjuang demi cinta keTuhanan,
Akhlaknya menjadi suri teladan..

Sahabat yang beriman..
Cintanya bukan gambaran,
Bukan jua sebarang mainan,
Tapi tulus hanya untuk Tuhan Sekalian Alam,
Rindunya bukan pada pertemuan
Tapi..
Rindu untuk bertahajjud malam..

Sahabat yang soleh..
Solatnya pengikat diri,
Al-Quran sebagai teman yang amat bererti
Dihatinya tersirat iman dan taqwa
Pada Ilahi Ya Rabbi...

Duhai sahabatku....
Tanpa kau sedari keremajaanmu bisa menakluk dunia
Dalam lalai dan leka...

Berkatalah dalam diri..
Engkau bukan dilahirkan sebagai penggoda
Yang melekakan insan dunia..
Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka,

Salutilah tubuhmu dengan Iman,
Kerana ia sangat manis pada pandangan,
Dan jua menjadi perhiasan diri seorang insan,

Duhai muslimah terpuji..
Berfikirlah untuk menjadi insan berguna
Agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu..

Bahana Cinta Sementara..


Mengapa bercinta pada dengan kehidupan yang sementara..?
Mengapa hati terpaut pada insan yang dicipta..?
Sedangkan perjuangan merebut Cinta Allah lebih suci dan utama,
Terkorban terabai........

Mengapa bercanda dengan badai perasaan..,
Sehingga berkurang IMAN digadaikan?
Sedangkan nun di sana...
Perjuangan memerlukan pengorbanan wira & serikandi ISLAM

Begitulah bahana cinta dunia,
memusnahkan cinta hakiki pada ILAHI..
Memberi kekecewaan di dalam hati...

Berapa ramai insan mendamba pada cinta sementara..?
Keremajaannya dipandu angan-angan palsu,
Terpesona jiwa..
Pudar IMAN di jiwanya...
Perjudian angkara perasaan yang inginkan perhatian...

Ya Rabbi..
Pimpinlah hati hamba-hambaMu ini,
Melayar bahtera Cinta dan Kehidupan..

Peringatan Buat Insan Yang Terlupa

Seandainya Al-Quran boleh berbicara
Nescaya ia akan berkata-kata
"Sewaktu engkau masih kanak-kanak,
Engkau bagaikan teman sejatiku...
Dengan wudhu' engkau menyentuhku,
Dalam keadaan suci engkau memegangku
Engkau membacaku dengan lirih dan keras,

Namun kini engkau telah dewasa...
Semakin hari engkau sudah tidak berminat lagi padaku,
Engkau pinggikan aku..tanpa engkau ambil pedul
Apakah aku bacaan usang..?
Yang tinggal sejarah..
>Engkau biarkan diriku sendiri,
Menjadi kusam tersimpan di dalam almari,
Berlapiskan debu...
Terbiar dimakan anai-anai..

Wahai temanku..
Aku mohon padamu peganglah aku kembali
Dalam keadaan suci dan bersih,
Bacalah aku setiap hari..
Pasti aku akan menjadi cahaya menerangi hidupmu nanti..
Jua menjadi pelita ketika engkau kembali bertemu Ilahi..

Perkongsian ''Sudikah awak jadi isteri kedua saya..?''


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin. Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah. "Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!"pekik Fulanah dengansuara tersekat-sekat. Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia,tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya. "Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang.. Tapi rupa-rupanya … " Fulanah mula sebak. "Tak. Maksud saya…" "Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!"potong Fulanah dengan kasar. "Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya. Syazni diam seribu bahasa.. Dia sudah tahu`Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya. "Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah. Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun,hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut. Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa.. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni. Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya,Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.Dengan tegas dan yakin,sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah. "Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu. "Sudi," jawab Nusaibah ringkas. "Er, betul ke ni?"tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin. Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni. "Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu. "Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu. "Baiklah," jawab Syazni tersenyum. Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia.Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya. "Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah. "Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu. "Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya. "Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum. "Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang. Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini. "Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta. "Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut "Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni. "Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya. "Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar. Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang."PERJUANGAN, " jawab Syazni. ***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi danperwira Islam ... kalian akan dimadukan! Jika dirimu bakal seorang isteri … Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah PERJUANGAN ISLAM! Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan … Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu MEMPERJUANGKAN ISLAM bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu.

Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu
dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu PERJUANGAN ISLAM! Jika dirimu bakal seorang suami … Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA.

Dia mencintaimu kerana dirimu MENCINTAI ISLAM dan MEMPERJUANGKAN ISLAM. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu …Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan PERJUANGAN ISLAM ke serata dunia!!Takbir !!! ALLAHU AKBAR!

~ AKU MAHU, AKU RELA JADI ISTERI KEDUA..KORBANKANLAH KEPENTINGAN DIRI, DEMI KEPENTINGAN AGAMA..STRIVE FOR MARDHATILLAH!!! Salam Semanis Iman ^_^

Lelaki Acuan Al Quran

LELAKI ACUAN AL-QURAN
Seorang lelaki yang BERIMAN
Memilih muslim MUTTAQEEN Sebagai jati diri
Hatinya disaluti rasa TAQWA kepada ALLAH SWT
Apabila disebut ASMA' ALLLAH..
Gementar Hatinya, Gemuruh Jantungnya

LELAKI ACUAN AL-QURAN
Sentiasa haus dengan Ilmu
Ibadahnya adalah maruah dan harga dirinya..
Tidak pernah gentar untuk berkata benar...
Tidak pernah lesu untuk melawan nafsu...

LELAKI ACUAN AL-QURAN
Dia yang menghormati Ibubapanya
Bakti dihulurkan buat Ayahbonda dan keluarga
Dia bakal menjaga keharmonian Rumah Tangganya
Kelak memberikan bimbingan Dunia dan akhirat
Buat ZAUJAH Jua PERMATA HATINYA
Wasatiah amalan hidupnya
Pendorong menuju BAITI JANNATI
Kerana dunia baginya hanyalah
Ladang menuju akhirat
Jua rumah sementara
Menunggu yang nyata di Akhirat sana

LELAKI ACUAN AL-QURAN
Sentiasa bersedia untuk AD-DEENNYA
Hidupnya disinari cahaya naungan AL-QURANUL KARIM
Sifat RASULULLAH ketaatan Dirinya
Bicaranya adalah amalannya
Gerak lakunya adalah ilmunya

LELAKI ACUAN AL-QURAN
Pabila menghadap wajahnya kepada yang MENCIPTA
Berdidinya penuh tertib
Rukuknya penuh TAWADHU'
Sujudnya penuh khusyuk
Duduknya penuh tasyahhud
Doanya penuh malu...

"YA ALLAH, ANDAINYA KEJAHATAN TAK KU LAKUKAN KERANA TAKUT AKAN BAKARAN API NERAKA-MU, MAKA KAU CAMPAKKANLAH AKU KEDALAMNYA... ANDAINYA AKU MENDAMBAKAN SYURGA-MU KERANA PAHALA YG KAU JANJIKAN, MAKA KAU HARAMKANLAH KAKIKU MENJEJAK SYURGA IMPIANKU ITU,TETAPI JIKA HIDUPKU MATIKU KERANA MENGHARAPKAN REDHA-MU YA RABB, MAKA JANGANLAH KAU MALAPKAN HATI INI KERANA HATI INI TELAH BERLABUH UNTUK
SENTIASA TAAT DAN DEKAT DENGANMU,WAHAI RABBUL 'IZZATI.."

LELAKI ACUAN AL-QURAN
Basah matanya kerana rindunya pada yang KHALIQ
Basah lidahnya kerana selalu menyebut ASMA' TUHANNYA
Gemar telinganya mendengar alunan zikir munajat
Tangkas langkah kakinya berjemaah di rumah ALLAH

LELAKI ACUAN AL-QURAN
Medan perjuangan syahid impiannya
HAYYA 'ALAL JIHAAD!!
Menyeru para MUJAHIDDEEN
Dialah kubu pertahanan Islam
Tegas dengan KAFIR LAKNATULLAH
Takkan mudah tunduk pada kuasa KUFFAR
Keluar di jalan ALLAH Setinggi cita-citanya
Tegaknya memasakkan kalimahALLAH Di pelusuk Bumi
Kewajipan seorang Daie bagi dirinya
Hatinya bagaikan tahu
Bahawa masih ramai yang dahagakan
Suatu gemerlapan CAHAYA ISLAM yang maha indah

DIALAH LELAKI ACUAN AL-QURAN
Dia layak buat
Wanita acuan AL-QURAN jua..
Kerana , BUATMU WANITA...

"Andai diri mengharap teman SEZUHUD ALI KARRAMALLAHU WAJHAH

Hiasilah diri umpama pemurahnya FATIMAH AZ-ZAHRA
Usah didamna teman SAH setulus NABI ALLAH IBRAHIM AS
Andai hati tak setabah SITI HAJAR
Jangan impikan teman sehebat MUHAMMAD SAW
Andai diri tak seperti setianya KHADIJAH AL-KHUWAILID BUKAN WAJAH DIRIMU...! "

Kisah cinta kopi masin..


Dia baru sahaja tamat belajar sebagai seorang doktor di UK. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup. Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah ma'had tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik. Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.

Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.

"Astaghfirullah", bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.

Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu,"kau kenalkah gadis itu?"

“Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa.Dan masih belum berpunya lagi”, jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!

Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata

"Berikan saya kopi masin!"

Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.

Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"

"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut....masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini" jawab lelaki ini.

Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan, mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya. Dia pasti seorang yang menyintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sanggat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.

Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di ma'had tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.

Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyayangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.

Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.....


"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..

Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."

Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.

Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya,"Bagaimana rasa kopi yang masin?"

Dia dengan pastinya menjawab,"Rasanya manis sekali"


Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan,
Dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.
Wallahu a’lam.

TAMBAH SENANG....KURANG SENANG


Seorang budak ditemui sedang menangis oleh seorang lelaki tua. Lelaki tua itu bertanya, " Mengapa kamu menangis?" Budak itu menjawab, " Duit saya hilang." "Berapa jumlah duit kamu yang hilang?' orang tua itu bertanya lagi. " 50sen," budak itu menjawab sambil teresak-esak. Oleh kerana kasihan melihat kanak-kanak itu menangis, orang tua itu menyeluk poketnya lalu memberikannya kepada kanak-kanak itu. "Nah, ini pak cik berikan sebagai ganti duit kamu yang hilang. Dah jangan menangis lagi." Setelah itu, dia pun berlalu pergi meninggalkan budak itu. Namun belum jauh berjalan, orang tua itu mendengar budak itu menangis dengan lebih kuat. "Apa pula kali ini? Bukankah duit kamu telah pun pak cik ganti tadi?" "Kerana itulah saya menangis.Sekiranya duit saya tadi tidak hilang, sudah tentu saya sekarang ada RM 1.00.Tapi sekarang cuma ada 50sen saja,"jawabnya dan terus menangis. Kata-kata budak itu membuatkan orang tua tersebut terdiam seketika sambil menggaru-garu kepalanya. ** Ramai manusia yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang ada dan tidak bersabar dengan apa yang tiada. Jika miskin..ramai yang merintih inginkan kekayaan. Tetapi bila kaya...hati terus gelisah kerana hendakkan lebih kekayaan. Kadang kala yang senang, menjadikan kita kurang tenang.** ~~ JADIKANLAH DIRI KITA SEORANG HAMBA YANG BERSYUKUR ~~ ^_^

Zinnirah: Matanya Buta Hatinya Celik

Zinnirah, wanita yang tidak mempunyai degree, tidak terkenal, tidak mempunyai harta apatah lagi memiliki pangkat besar. Tetapi, Allah telah memberi penghormatan kepadanya kerana pengorbanannya yang begitu hebat.

Zinnirah, seorang wanita suci, mempunyai akidah yang begitu jitu di dalam jiwanya. Biarpun fizikalnya diseksa dengan berbagai kesakitan, penderitaan dan kesusahan tetapi hatinya tetap dengan Allah. Dia menerima penyeksaan itu dengan redha dan tenang walaupun seluruh tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan demi sepakan, hantukan demi hantukan.Tapi demi Islam, demi Allah, Zinnirah tidak akan menyerah kalah. Jiwa tauhid telah menebal di dalam dirinya, tidak ada satu pun yang memberi bekas melainkan Allahlah yang berkuasa. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar gunung Uhud dia tdak akan menukarkan akidah yang telah bertunjang di hatinya.

Dia merupakan seorang wanita yang nampak lemah fizikalnya tapi sebenarnya dia mempunyai jiwa yang kuat. Biarpun ujian datang bertubi-tubi, bahkan penderitaan yang diterima itu sebenarnya mematangkan lagi jiwanya, menguatkan lagi akalnya dan menambahkan lagi keyakinan dan cintanya pada kesucian agama Islam.

Penderitaan yang diterimanya itu menambahkan lagi rasa cintanya pada Allah. Semakin banyak sujudnya, semakin deras air mata yang mengalir di pipinya. Itulah Zinnirah, wanita yang mendapat pimpinan dan kasih sayang Allah.

Menurut riwawat silam, Zinnirah adalah diantara orang yang awal memeluk Islam. Zinnirah menerima berbagai penderitaan, kecaman kata nista dan berbagai penindasan. Beliau yang berketurunan Rom telah ditawan dan dijual di Kota Mekah. Umar membelinya dengan harga yang murah dan kini menjadi hamba Umar sekaligus menjadi orang tawanan Umar.

Islam pada awalnya dijalankan di dalam keadaan sembunyi-sembunyi. Ketika itu, Rasulullah berdakwah hanya untuk kaum keluarganya. Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya sebab dia bimbang kalau-kalau diketahui Umar. Dia bersembahyang, membaca Quran, atau apa sahaja ibadahnya yang lain dilakukan ketika orang lain tiada di rumah atau di waktu tengah malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur. Maka di waktu itulah dia sujud pada Allah, membaca Quran dan bila tiba pada ayat tentang dahsyatnya api neraka, maka dia menangis hingga pengsan.

Rahsia yang cuba disembunyikan itu akhirnya diketahui musuh. Umar dengan perasaan bengis segera mendapatkan hambanya. Sebelum ini, Umar juga mengesyaki Zinnirah telah bertukar agama kerana telah dilihatnya banyak perubahan pada Zinnirah. Sebelum Umar memeluk agama Islam, beliau terkenal sebagai orang paling kejam, bengis, ganas, garang dan sebagainya.

Menurut sebuah riwayat Umar telah menyeksa 11 orang hambanya kerana memeluk agama Islam. Umar juga telah membunuh anaknya sendiri kerana benci dan merasa rendah diri mendapat anak perempuan. Tetapi apabila beliau telah memeluk Islam, segala sifat buruknya telah ditukar dengan sifat-sifat terpuji.

Zinnirah telah ditampar, ditendang, diikat kedua belah kaki dan tangan dan dijemur di tengah panas mentari. Tetapi, semua itu tidak sedikit pun memberi bekas di hati Zinnirah. Bibirnya yang merekah kerana lapar dan dahaga itu masih mampu menguntum senyuman, hatinya tidak putus-putus mengucapkan: "Allah...Allah...Allah...Allahu Akbar, Allahlah Yang Maha Besar." Dan hatinya berbisik, "Ini untukMu ,Wahai Tuhan, aku membeli kesusahan untuk kesenangan di akhirat kelak.

Perjuangan ini memang berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapatkan syurga terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu ribuan nikmat." Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya telah dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangannya. Hatinya berbisik lagi: "Tuhan, walaupun aku dibunuh sekalipun aku rela daripada menjual agamaMu ini Tuhan, makin aku diuji makin terasa kehebatan, keagunganMu Tuhan. Cuma satu sahaja permintaanku berilah petunjuk kepada orang yang menyeksaku ini." Dia tetap sabar walaupun buta melihat alam maya tetapi hatinya tidak buta untuk menerima cahaya kebenaran Islam.

Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, orang-orang Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana laknat Tuhan mereka, Latta dan Uzza. Zinnirah menolak penghinaan itu dan baginya Latta dan Uzza sedikitpun tidak ada kena mengena.

Zinnirah cuba meyakinkan mereka bahawa buta ini datangnya dari Allah dan Allahlah yang berkuasa untuk mengembalikan pancainderanya seperti biasa. Orang-orang Quraisy mencabar Zinnirah kerana mempertahankan dirinya. Zinnirah dengan yakin tetap mengatakan Allah sebenarnya menentukan dia buta hasil perbuatan Umar. Maka turunlah ayat Quran yang memuji sikap Zinnirah itu yang disampaikan melalui Rasulullah.

Umar berhenti menyeksa kerana bosan dengan ketabahan hatinya, walaupun diseksa dengan berbagai rupa tapi keyakinannya tidak sedikit pun berubah. Malah semakin kuat penyeksaan yang dilakukan semakin kuat pautan hatinya pada Allah. Allah memberi karamah kepadanya, mata yang buta telah diganti dengan mata yang lebih baik. Dia dapat melihat seperti biasa, lebih terang dari matanya yang asal. Bahkan sinaran matanya menyilau pandangan orang-orang Quraisy. Begitulah pertolongan Allah kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya.

Saidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga yang tinggi. Akhirnya selamatlah dia dari penindasan orang-orang kafir.

Hatinya dipimpin oleh Allah, setiap tutur katanya, perbuatannya bahkan tingkah lakunya adalah benar-benar terpimpin. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperoleh oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.

Sumber: Dipetik daripada Buku Peribadi Wanita Salafussoleh

Buat Mu Duhai Adam...


Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.

Adam,
Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.



Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?


Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.

Adam,
Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?

Adam,
Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!!

Adam,
Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?

Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.

Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri. Wallahualam.

Sekadar Renungan~~

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia.
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.
Allah sudah menghitung setiap airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja.
Allah sedang menunggu bersamasamamu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu..
Allah sentiasa berada di sampingmu.

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.
Allah mempunyai jawapannya.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan.
Sebenarnya Allah sedang berbisikkepadamu

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur..
Allah telah pun memberkatimu

Ketika sesuatu yg indah terjadi & kau dipenuhi ketakjuban.
Allah akan tersenyum kepadamuKetika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu…
Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada...
Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu.

Bila Allah makbulkan doa kita..maka bertambahnya iman kita...bila DIA tangguhkan doa kita..bermakna bertambahnya kesabaran kita...bila DIA tidak mendengar rintihankita...maka..ALLAH mengatur yang terbaik buat kita.Bila Allah cepat maqbulkan doamu, maka dia menyayangimu,

HIKMAH 5 JARI...

hikmah 5 jariSetiap manusia mempunyai 5 jari...Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari manusia.

Cuba perhatikan perlahan-perlahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat 5 waktu jangan diabaikan..

Kemudian lekapkan jari di atas meja, perhatikan. Bermula daripada:

1. Jari kelingking yang kecil dan kerdil.

Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah `melentur buluh biarlah
daripada rebungnya'

Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

2. Jari ke-2 iaitu jari manis.

Manisnya seperti jari comel dan mulus. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa di belenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.

Bersediakah anda??

3. Jari ke-3 iaitu jari paling tinggi, jari hantu.

Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identity dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak `hantu-hantu pengacau' yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati,
dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.

Justeru itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan.

4. Jari telunjuk.

Jari inilah yang mengungkap satu dan Allah Esa ketika menunaikan solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.

Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya
dengan idea bernas dan minda yang hebat.

5. Akhir sekali, renung ibu jari.

Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa, `cap jempol' atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata `good' atau `yes' sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

SubhanAllah⿦..begitu sempurnanya ciptaan Allah. Cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima2nya itu. Renung dan fikir dalam-dalam.....

BERBAIK SANGKA..

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

p/s: Tak salah klu antara kita sesama Islam saling ingat mengingati. Klu rajin fowardkan sesama kita.

KISAH TEMPAYAN RETAK...

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu dari tempayan itu retak, sedang tempayan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majiakannya, tempayan yang retak itu hanya dapat membawa setengah.

Selama 2 tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa sangat malu akan ketidak sempurnaanya dan merasa sedih kerana ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannya. Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit yang dialaminya, tempayan retak itu berkata kepada tuannya si tukang air, “saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu.”

“kenapa?” Tanya si tukang air, “kenapa kamu merasa malu?”

“Selama 2 tahun ini, saya hanya mampu membawa setengah jumlah air yang sepatutnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya. Ini telah membuatkan air yang saya bawa sering keluar sepanjang jalan menuju rumah majikan tuan, kerana kecacatan yang saya alami ini,saya telah membuatkan tuan rugi.”kata tempayan itu.

Si tukang air merasa simpati pada si tempayan retak dan dalam belas kasihannya dia tersenyum sambil berkata,
“ Jika kita kembali ke rumah majikan esok, saya ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan yang kita lalui.”

Keesokan harinya, benar ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan apa yang dikatakan oleh tuannya dan baru ia menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan. Keindahan bunga-bunga itu membuatkan ia terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor dan tempayan retak itu kembali memohon maaf kepada tuannya atas kegagalannya itu.

Si tukang air pun berkata kepada tempayan itu, “ Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tadi tapi tidak ada bunga yang tumbuh di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu?” itu kerana aku selalu menyedari kecacatan mud an aku manfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang aku memetik bunga-bunga indah itu untuk menghiasi meja majikan kita. Tanpa kamu bagaimana majikan kita dapat menghias rumahnya seindah sekarang.”

Tempayan itu berasa terharu kerana baru menyedari akan kelebihan yang ada pada dirinya.

** Setiap daripada kita mempunyai kekurangan yang tersendiri. Kita semua umpama tempayan retak. Namun Allah menggunakan kekurangan kita untuk menghiasi-Nya. Pada pandangan mata Allah yang Maha Bijaksana, tiada yang terbuang percuma. Jangan pernah bersedih dan takut akan kekurangan yang kita miliki, tapi kenalilah setiap kekurangan dan kelemahan-kelemahan yang kita miliki. Dan ketahuilah di dalam kelemahan dan kekurangan itu kita akan menemui kekuatan dan kelebihan kita yang tersembunyi...**
Salam Mujahadah Buat Semua...Senyum selalu...(^_^)

Mari Mengenal Bulan Syaaban..^_^


Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

01. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

02. Keperkasaan dan ketinggian.

03. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.


04. Kasih-sayang dan kemesraan.


05. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.

ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN

01. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

02. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.


03. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.

ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN

Memperbanyakkan puasa sunat.

Saidatina Aisyah berkata:" Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saidatina Aisyah berkata:
Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Melazimi Berzikir dan Berdoa


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah. (Riwayat Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Doa merupakan otak kepada ibadat. (Riwayat at-Tarmizi).

Saidatina Aisyah berkata:
Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa. (Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat dan Beristigfar
Firman Allah Taala bermaksud: Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya. (Surah an-Nur: ayat 31).

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.
(Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah. (Riwayat Baihaqi).

Berkata Imam Shafie: Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali: Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.

MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN


Para tabiin ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:


Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.


Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.


Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabiin dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.



Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabiiin itu dan dilakukan juga oleh para ulama.