Pesanan buat hati....

Duhai hati...
janganlah engkau bersedih..
kerana dunia ini terlalu naïf untuk ditangisi
dan kita akan pergi meninggalkan dunia ini..

Duhai hati...
apakah yang engkau tangisi?
Cinta siapakah yang engkau kesali?
Adakah cinta si pencinta atau cinta si Pencipta?

Duhai hati...
Ingatlah engkau akan janji Allah
Pasti hatimu tenang denganNya
Kerana DIAlah segala-galanya...

Duhai hati...
Dekatkanlah diri padaNya
Raihlah nur hidayahNya yang indah...
Pasti engkau berasa bahagia...

Duhai hati..
Bertasbihlah setiap masa dan ketika...
Itulah penawar jiwa yang berduka...
Carilah cintaNya bukan cinta insan yang palsu imannya...

Duhai hati....
Jangan sesekali engkau membenci
Kerana itu akan menyebabkan engkau berasa disakiti...
Cubalah berlapang dada dan hidarilah akhlak mazmumah
Kelak engkau merasa bahagia...

Resepi Kek Kejayaan

Bahan- bahannya:

250 gm Daya usaha

100gm Kesabaran

100gm Keimanan

190gm Keinsafan

150gm Pengorbanan

150gm Campuran Akhlak Mulia ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )

8 sudu teh Rasa Tanggungjawab

200gm Senyuman secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental.

Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati.

Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit. Biarkan adunan menjadi lembut. 

Setelah itu campurkan keimanan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia.

Ia perlu dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. 

Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. 

Hiasilah dengan senyuman yang menawan, kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan Kek yang cantik dan elok, jauhi ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana Kek kejayaan ini amat sukar untuk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakannya dengan baik.

ANTARA SABAR DAN MENGELUH


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t. dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah s.w.t. dalam sebuah hadith Qudsi,:"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabda Rasulullah s.a.w pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.