Pada zaman dahulu
ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu
tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita
itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih
hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,
"Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh
perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang
menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan
bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab,
"Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan
pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih
menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang
agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu
bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau
begitu ?"
Lalu disuruh
adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa
ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di
sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga
mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku,
tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya
periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit
badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal
di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini
aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan
bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat
hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat
membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara
keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka
hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak
mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah
cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran
sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku
beriman kepada Allah s.w.t. dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah s.w.t. dalam sebuah
hadith Qudsi,:"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil
kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga
mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana
itu Rasulullah s.a.w bersabda,:" Tiga macam daripada tanda kekafiran
terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabda
Rasulullah s.a.w pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan
orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya
bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita
dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
No comments:
Post a Comment