~:ི♥ྀJika Aku Diberi Pilihanི♥ྀ:~


Jika aku diberi pilihan antara CINTA dan TUHAN
Aku akan memilih TUHAN
Kerana CINTA manusia  itu begitu menyakitkan
Sukar untuk hilang, payah untuk dipadam
Kerana kenangan terpahat kukuh diingatan..

Jika aku diberi pilihan antara CINTA dan TUHAN
Aku lebih rela memilih TUHAN
Kerana TUHAN tidak pernah melukakan
TUHAN tidak pernah meninggalkan meskipun sering dilupakan
Kerana KASIHnya sentiasa berpanjangan..

Jika aku diberi pilihan antara CINTA dan TUHAN
Aku sanggup memilih TUHAN
Kerana manusia tidak akan kekal berpanjangan
Ada masa dia pergi tanpa kata
Dan dia datang tanpa diduga..

Jika aku diberi pilihan antara CINTA dan TUHAN
Aku lebih memilih TUHAN
Kerana CINTA sungguh memeritkan
CINTA juga sering kali melalaikan
Mencantikkan maksiat di pandangan

 Jika aku diberikan pilihan antara CINTA dan TUHAN
Aku sedia memilih TUHAN
Kerana memilih TUHAN aku dapat CINTA
CINTA yang tak pernah sirna
CINTA yang mewangi sepanjang masa

Dan jika aku memilih TUHAN
Aku dapat NUR CAHAYA yang menerangi segenap ruang jiwa
Kerana TUHAN...aku sentiasa merasa ada setiap masa
TUHAN ada ketika aku suka dan duka
DIA membangunkan ku ketika aku jatuh

DIA memelukku tika aku merasa begitu tersakiti
DIA mengusap setiap linangan airmata ku yang mengalir
DIA mengerti setiap rasaku..
DIA menggantikan setiap kehilanganku…
Aku ingin mencintainya segenap hatiku…

Kerana TUHAN begitu berharga bagiku...

No comments:

Post a Comment