Hatiku


Sukar untuk ku ungkapkan apa yang terbuku di hati...
Terkadang sukar untuk di mengerti..
Biar berbicara...
Namun mulut masih bisa mengungkapkannya...
Apa yang sebenarnya berlaku?
Mengapa hatiku ini tidak seperti dulu?

Dalam tahajjud..
Ku hamparkan segala keresahan,
Ku lepaskan segala rintihan,
Ku lontarkan segala kesedihan...
Yang sering bertandang tanpa diundang..

Dalam zikirku..
Ku mengharapkan secebis ketenangan kalbu,
Ku mencari kedamaian dalam alunan tasbihku,
Ku cuba melupakan segala kepahitan yang bertamu...

Dalam doa munajatku..
Ku memohon pada mu Ya Rabbi,
Berilah kesabaran dalam meniti dugaan,
Kuatkan semangat diri yang kian rapuh,
Biar apa yang terjadi pergi bersama angin lalu.....

Duhai Qalbu kesayanganku,
Peneman segenap ruang hidupku,
Tempat aku mengadu...
Duhai Hati yang bercelaru...
Leraikanlah apa yang terbuku..

Nafsu yang sombong

Dalam sebuah kitab karangan ‘Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama menceritakan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : ”Wahai akal mengadaplah engkau.”


Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

“Wahai akal berbaliklah engkau!”, lalu akal pun berbalik.


Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : ”Wahai akal! Siapakah aku?”.


Lalu akal pun berkata, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.”


Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : ”Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.”


Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :

“Wahai nafsu, mengadaplah kamu!”. Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.


Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : ”Siapakah engkau dan siapakah Aku?”.


Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.”


Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.


Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

“Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.”


Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’ selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : ”Siapakah engkau dan siapakah Aku?”.


Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, ” Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku.”


Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.


Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi binasa.

Mari Berselawat ke atas Nabi.


Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu’anhuma berkata:


Nabi SAW naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”.


Para sahabat bertanya. “Kenapa engkau berkata ‘Amin, amin, amin, Ya Rasulullah?”


Nabi SAW bersabda,

“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak berselawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.


Kemudian Jibril berkata lagi, ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.


Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin”. [Hadis Riwayat Bukhari]

Seindah Mutiara Kata...

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.


Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab.


Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)


Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)


Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Jadilah Seorang Lelaki yang Beriman.


Jadilah seorang lelaki yang beriman,

Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,


Yang sentiasa haus dengan ilmu,

Yang sentiasa dahaga akan pahala,

Yang solatnya adalah maruah dirinya,

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,

Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.


Jadilah seorang lelaki,

Yang menjaga tutur katanya,

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.


Jadilah seorang lelaki,

Yang menghormati ibu bapanya,

Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,

Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,

Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.


Jadilah seorang lelaki,

Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,

Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,

Yang menjaga matanya dari berbelanja,

Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.


Jadilah seorang lelaki,

Yang tidak pernah membazirkan masa,

Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,

Suaranya lesu kerana penat berzikir,

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,

Bangunnya Subuh penuh kecergasan,

Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.


Jadilah seorang lelaki,

Yang sentiasa mengingati mati,

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,

Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.


Jadilah seorang lelaki,

Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,

Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Pesanan buat hati....


click to create your glitter text


Duhai hati...
janganlah engkau bersedih..
kerana dunia ini terlalu naïf untuk ditangisi
dan kita akan pergi meninggalkan dunia ini..

Duhai hati...
apakah yang engkau tangisi?
Cinta siapakah yang engkau kesali?
Adakah cinta si pencinta atau cinta si Pencipta?

Duhai hati...
Ingatlah engkau akan janji Allah
Pasti hatimu tenang denganNya
Kerana DIAlah segala-galanya...

Duhai hati...
Dekatkanlah diri padaNya
Raihlah nur hidayahNya yang indah...
Pasti engkau berasa bahagia...

Duhai hati..
Bertasbihlah setiap masa dan ketika...
Itulah penawar jiwa yang berduka...
Carilah cintaNya bukan cinta insan yang palsu imannya...

Duhai hati....
Jangan sesekali engkau membenci
Kerana itu akan menyebabkan engkau berasa disakiti...
Cubalah berlapang dada dan hidarilah akhlak mazmumah
Kelak engkau merasa bahagia...


Aku Malu..


Aku malu sebenar-benarnya terhadap diriku sendiri…

Sehingga kini aku masih belum dapat menutup maluku itu,

Maluku kerana sikap ku,

Maluku kerana kekuranganku…

Yang sering membuat aku malu di hadapan MU,

Aku malu…

Sehingga kini aku masih berasa malu,

Pada teman-teman seperjuangan ku,

Aku malu kerana diri ku..

Yang masih jua begini,

Aku malu…

Sehingga kini maluku masih bertamu,

Bila mana aku berada di hadapan guruku,

Maluku kerana masih jua belum mencapai kejayaan impianku,

Dan Aku akan sentiasa berasa malu…

Bila aku berada di hadapanMu,

Bila Engkau sering sahaja memerhatikan gerak geriku…

Walau tanpa aku sedari..

Aku terus berasa malu…

Kerana setiap perbuatanku,

Kerana diri ini adalah hambaMu,

Kerana apa yang aku miliki kini..adalah milik Mu,

Kerana semua ini Engkau pinjamkan padaKu seketika,

Untuk aku merasa bertapa nikmatnya…

Aku tersangat-sangat berasa malu…

Bila kedua belah kaki ku ini,

Aku gunakan untuk ku beribadah

namun melangkah ke tempat yang hanya akan mengundang binasa…

Aku tersangat-sangat malu…

Bila kedua belah tanganku ini,

Aku gunakan untuk membuat amal kebaikan

tapi melakukan perkara yang Engkau benci…

Aku tersangat-sangat malu…

Bila bibir ini… menuturkan dosa,

Mengadu domba dan memfitnah,

Menipu dan mencerca…

Sedangkan ia sepatutnya..

Aku gunakan untuk berzikrullah,

Mengucapkan kalimah-kalimah indah penuh bermakna,

Aku tersangat-sangat malu…

Bila mata ku ini..aku gunakan untuk melihat perkara dosa,

Sedangkan ia sepatutnya aku gunakan..

Bagi mengamati bukti kebesaranMu…Ya Rabbi,

Aku malu…teramat malu…

Andai seluruh badan ku ini,

Aku gunakan ke arah kehancuran..

Kerana selayaknya ia untuk Mu Ya Allah..

Bertapa malunya aku padaMu… Ya Allah ( T.T )