Buatmu Remaja Muslimah...


Seorang Gadis Itu....
Yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati ...
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya ...



seorang gadis itu ...

hatinya penuh manja,
penuh cinta, sayang semuanya,
cinta untuk diberi ...
cinta untuk dirasa ...

namun manjanya
bukan untuk semua,
bukan lemah,
atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia ...

begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah ...

seorang gadis itu ...

teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ...
dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap ni'matNya ...

seorang gadis itu ...

bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya ...

bijaksana ia,
menyimpan ílmu,
si teman bicara,
dialah Áishah,
penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah ...

seorang gadis itu ...

bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji ...

seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...

bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan
tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah .

seorang gadis itu ...

perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ...

dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya ...

dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya ...

seorang gadis itu ...

melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan ...

seorang gadis itu ...

yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari ...

dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya ...

kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ...

perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni'mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!

seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia,
sebagai ábidah,
daíyah & mujahidah,
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah ...

kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma'rifatullah ...

seorang gadis itu ...
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!

Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI!

ANTARA SI PEMBERI DAN SI PENERIMA.

"Mana yang lebih gembira ,memberi hadiah atau menerima hadiah?
Hampir semua yang mengaku menerima hadiah lebih menggembirakan.

Ana akan bercerita, mungkin apabila ana habis bercerita...pasti jawapan antum semua akan berubah. InsyaAllah.

Seorang anak berkali-kali berpesan kepada ibunya agar pulang membawa hadiah.Hadiah yang diinginkan adalah sebuah anak patung yang besar. Katalah antum semua seorang ayah atau seorang ibu kepada anak kecil itu. Antum telah meninggalkannya sejak dua hari yang lalu. Lusa antum akan kembali ke rumah masing-masing. Namun sebelum pulang antum bertekad untuk membawa pulang anak patung yang anak antum inginkan. Setelah puas antum mencari akhirnya antum menemuinya. Antum membeli dan terus membawanya pulang. Bayangkan...anak antum telah menunggu di hadapan pintu, sambil bersorak ria melihat anak patung di tangan antum. Baiklah...sekarang siapa agaknya yang lebih gembira,antum yang memberi hadiah atau anak yang menerima hadiah?Sudah tentu hati si ibu yang lebih gembira berbanding anaknya.

Mengapa? Mengapa si ibu lebih gembir sedangkan dia yang memberi? Ya, jawapannya kerana si ibu memberi dengan rasa kasih sayang. Jadi...pengajarannya ialah untuk merasa gembira apabila memberi...berilah dengan kasih sayang,"

Sayangnya kita sering tidak gembira bila memberi....Mengapa?

"Memberi mengurangkan..."
"Orang yang menerima tak pandai nak berterima kasih..."
"Tak ada apa yang nak diberikan..."
"Tak adil, kita susah- payah mencari, dia pula senang-senang dapat..."

^_^ Memberi tidak mengurangkan...bahkan Hukama berkata, harta yang menjadi milik kita yang hakiki ialah harta yang diberi ke jalan Allah. Yang lain, kita hanya tukang simpan....apabila mati harta itu akan diwariskan.

Pernah nampak anak-anak pokok sayur di batas? Untuk tumbuh menjadi sayur yang subur, mesti sebahagian daripadanya dicabut...dibuang,untuk memberi ruang pada sebahagian yang lain tumbuh subur. Jika semua tumbuh,pertumbuhan semuanya akan terbantut. Begitulah rezeki, perlu diberi dalam bentuk zakat dan hibah, akan subur dan bersih.

"Tak ada apa yang nak diberi?" Jangan sempitkan pengertian rezeki,nanti rezeki kita akan turut sempit...Jika kita hadkan rezeki hanya pada harta, bila tak ada harta maka tidak adalah rezeki yang hendak diberi....Memberi bukan hanya dengan harta tapi dengan senyuman, doa, ilmu,sangka baik dan sifat pemaaf.. Siapa kata kita tak ada untuk memberi?

"Tak adil...?" Kita dapat semua yang kita miliki dengan kudrat kitakah atau kudrat yang dipinjamkan oleh Allah ? Mata, tangan, kaki dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari hakikatnya daripada Allah. Sebenarnya, tanpa disedari kita adalah saluran Allah untuk memberi rezeki kepada hamba-hambaNya yang lain. Bersalah sungguh jika kita tidak memberi kerana kita seolah-olah menyekat rezeki yang Allah hendak berikan kepada orang lain.

Kenapa sukar untuk gembira apabila memberi? Sekali lagi...Kita memberi tanpa kasih sayang."

"Kenapa tidak ada kasih sayang?"

Kasih sayang adalah buah iman. Iman dan kasih sayang saling lazim-melazimi. Siapa yang kukuh imannya, maka teguh jugalah kasih sayangnya..." ^_^

Maknanya?.....Kita memberi kerana-Nya, bukan harapakan balasan manusia. Kita memberi kerana Allah meminta kita untuk memberi...Jika kita memberi kerana manusia, kita akan sakit jiwa.. Kenapa..!

Kajian menunjukkan majoriti manusia tidak pandai berterima kasih. Jadi jika kita mengharapkan ucapan terima kasih, maka kita akan merasa kecewa. Adilkah selepas memberi kita dilupakan?

^_^ Baiklah, adilkah setelah sekian lama banyak nikmat yang diberikan oleh Allah, majoriti manusia tidak bersyukur kepada-Nya? Allah sendiri menegaskan, bahawa sedikit sekali daripada hamba-Nya yang bersyukur...

Dunia memang tidak adil...!

Tidak...manusia yang tidak adil. Manusia zalim. Kalau kita yang kerdil ini tergamak tidak memberi hanya kerana orng lain tidak pandai berterima kasih. Cuba fikirkan..Allah Yang Maha Besar masih sudi memberi walaupun kita sebagai hamabanya tidak bersyukur. Siapa kita???

Memberilah....kerana siapa yang tidak memberi ertinya dia tidak memberi kepada dirinya sendiri.... Waulahu alam bissawab...^_^

Resepi Kek Kejayaan

Bahan- bahannya:

250 gm Daya usaha

100gm Kesabaran

100gm Keimanan

190gm Keinsafan

150gm Pengorbanan

150gm Campuran Akhlak Mulia ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )

8 sudu teh Rasa Tanggungjawab

200gm Senyuman secukup rasa


Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental.Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati.Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit. Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlu dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiasilah dengan senyuman yang menawan, kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan Kek yang cantik dan elok, jauhi ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana Kek kejayaan ini amat sukar untuk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakannya dengan baik.

~~~ SELAMAT MENCUBA~~~

BUKAN PERMATA BIASA..


Di Madinah ada seorang wanita solehah yang cantik menawan lagi bertaqwa. Menjelang tengah malam, ia sentiasa bangkit dari tidurnya untuk solat malam dan bermunajat kepada Allah. Ia tidak peduli sama ada waktu itu musim panas ataupun musim dingin kerana disitulah letak kebahagian dan ketenteramannya.

Pada saat itulah dia khusyuk berdoa , merendah diri kepada Pencipta dan pasrah akan hidup matinya hanya padaNya. Dia juga amat rajin berpuasa, meskipun sedang bermusafir. Wajahnya yang cantik semakin bersinar oleh cahaya iman dan ketulusan hatinya.


Suatu hari datanglah seorang lelaki untuk melamar wanita itu. Kononnya ia termasuk dalam golongan lelaki yang taat beribadah. Setelah melakukan solat istikharah akhirnya wanita itu menerima lamaran tersebut dengan syarat upacara perkahwinan hendaklah diselesaikan sebelum tengah malam berbanding kebiasaan awal pagi sehingga azan subuh. Setelah itu ia harus berada di rumah suaminya. Hanya ibunya yang mengetahui sebab-sebabnya.

Semua orang takjub dengan syarat wanita tersebut. Pihak keluarganya sendiri berusaha memujuk wanita itu agar mengubah pendiriannya namun wanita itu tetap pada keinginannya sekiranya pihak lelaki mahu lamarannya itu diterima. Akhirnya pihak keluarga lelaki bersetuju dengan permintaan si gadis.

Waktu terus berlalu...Tibalah saat yang dinantikan oleh kedua-dua mempelai. Saat yang penuh bermakna bagi sesiapapun yang akan memjalani kehidupan baru. Saat itu pukul sembilan malam. Doa keberkatan mengalir dari para undangan buat sepasang pasang pengantin baru. Pengantin wanita terlihat begitu cantik.

Jam mulai mendekati angka dua belas malam. Sesuai dengan perjanjian,tiba saat si suami akan membawa isteri ke rumahnya. Si suami memegang tangan isterinya diiringi ragam perasaan yang bercampur baur menuju rumah baru harapan mereka. Si isteri berharap untuk menjalani kehidupan yang penuh dengan keikhlasan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Setibanya di sana, si isteri meminta izin suaminya untuk memasuki kamar mereka, kamar yang ia rindukan untuk membangunkan mimpi-mimpinya. Di kamar itu ibadah akan ditegakkan dan menjadi tempat di mana dia dan suaminya melaksanakan solat dan ibadah secara bersama-sama. Pandangannya menyisir seluruh ruangan. Tersenyum diiringi padangan si suami mengawasi dirinya.

Senyumannya seketika memudar. Hatinya begitu tersekat. Bola matanya yang bening tertumpu pada sebuah gitar yang terletak di sudut kamar. Wanita itu nyaris tak percaya. Hatinya bertanya-tanya.
Fikiranya tiba-tiba menjadi kacau. Benarkah apa yang diucapkan oleh insan yang kini telah menjadi suaminya?

Segala angan-angannya menjadi hampa. Sungguh dia amat terluka. Hampir sahaja air matanya tumpah. Dia berulang kali mengucap istighafar. Hanya Allah yang maha mengetahui segala keghaiban.
Dia menatap suaminya dengan wajah merah kerana rasa malu dan sedih serta setumpuk rasa kerisauan yang menyelubunginya. “Ya Allah....aku harus kuat dan tabah,sikap baik kepada suami adalah jalan hidupku...” kata wanita itu lirih di lubuk hatinya. Wanita itu berharap, Allah akan memberikan hidayah kepada suaminya melalui tangannya.

Mereka mulai terlibat dengan perbincangan, meskipun masih dibaluti rasa enggan,malu bercampur bahagia. Waktu terus berlalu hingga malam hampir habis. Si suami sungguh terpesona dengan kecantikan isterinya. Ia tersenyum dalam hati. Isterinya sudah berganti pakaian. Sungguh kecantikannya semakin menawan. “Tak pernah ku bayangkan ada wanita secantik ini di dunia ini.

Saat sepertiga malam terakhir Allah SWT mengirimkan rasa mengantuk pada suaminya. Dia tak mampu lagi bertahan. Akhirnya dia pun terlelap. Hembusan nafasnya begitu teratur. Si isteri segera menyelimutinya dengan selimut tebal, lalu mencium kening suaminya dengan lembut. Setelah itu dia segera diresapi rasa rindu kepada Penciptanya dan bergegas menuju ke tempat ibadahnya dengan hati yang melayang.

Apabila tersedar daripada tidurnya si suami berkata sendirian : “ Entah kenapa aku begitu mengantuk, padahal sebelumnya aku betul-betul ingin berjaga sepanjang malam. Belum pernah aku tertidur seperti ini. Sampai akhirnya aku mendapati isteriku tidak lagi di sampingku . Aku bangkit dengan mata masih mengantuk untuk mencari isteriku. Mungkin dia malu sehingga memilih tidur di kamar lain. Aku segera membuka pintu kamar sebelah. Gelap, sepi tak ada suara sama sekali. Aku berjalan pelahan bimbang akan membangunkannya. Kulihat wajah bersinar di tengah kegelapan keindahan yang ajaib dan menggetarkan jiwaku. Bukan keindahan fizikal kerana dia sedang berada di peraduan ibadahnya. Ya Allah, sungguh dia tidak meninggalkan solat malamnya termasuk di malam pengantin. Ku pertajam penglihatanku. Dia ruku’, sujud dan membaca ayat-ayat panjang. Dia ruku’ dan sujud lama sekali. Dia berdiri di hadapan Rabbnya dengan kedua tangan terangkat. Sungguh pemandangan terindah yang pernah ku saksikan . Dia amat cantik dalam kekhusyukannya, lebih cantik dari saat memakai pakaian pengantin dan pakaian tidurnya.Sungguh kini aku betul-betul mencintainya dengan sepenuh jiwa ragaku.”

Selesai sahaja solat dia memandang ke arah suaminya. Tangannya dengan lembut memegang tangan suaminya dan membelai rambutnya. MasyaAllah, Subhanallah, sungguh luar biasa wanita ini.
Kecintaannya kepada kekasih ibadah. Ya ibadah kepada Allah, Rabb yang menjadi kekasihnya.

Hingga bulan-bulan berikutnya wanita itu terus melakukan kebiasaanya, sementara si suami menghabiskan malam-malamnya dengan tidur sepanjang malam dan memainkan alat-alat muziknya. Si suami membuka pintu dengan perlahan dan mendengar bacaan Al-Quran yang demikian syahdu menggugah hati. Dengan perlahan-lahan dan berhati-hati dia memasuki kamar sebelah. Gelap dan sunyi.

Dia mempertajamkan penglihatan dan melihat isterinya sedang berdoa. Dia mendekatinya dengan lembut tapi cepat. Angin sepoi-sepoi membelai wajah isterinya . Ya Allah . perasaan si suami tersiram. Apatahlagi mendengar isterinya berdoa sambil menangis.Curahan air matanya bagaikan butiran mutiara yang menghiasi wajah cantiknya.


Tubuh si suami bergetar. Ke mana selama ini dia pergi meninggalkan isteri yang penuh Cinta Kasih? Sungguh dia jauh berbeza dengan isterinya-antara jiwa yang bergelumang dosa dengan jiwa gemerlapan di taman kenikmatan, di hadapan Rabbnya.

Lelaki itu menangis..Air matanya tidak mampu ditahan. Sesaat kemudian kedengaran azan Subuh berkumandang. Lelaki itu memohon ampun di atas dosa-dosanya selama ini. Lantas dia menunaikan solat Subuh dengan kekhusyukan yang belum pernah dilakukan seumur hidupnya. Inilah buah dari doa seorang wanita jua seorang isteri yang solehah yang selalu memohon kebaikan untuk si suami- pendamping hidupnya.


Beberapa tahun kemudian, segala perubahan dan kesan taubat lelaki itu mengalir dalam bentuk ceramah, khutbah dan nasihat yang disampaikan lisannya. Ya lelaki itu kini telah menjadi seorang da’ie yang termasyhur di Kota Madinah.

Memang benar. Wanita solehah adalah Harta yang amat berharga dan termahal bagi seorang lelaki bertaqwa..Bagi seorang suami..isteri yang solehah merupakan permata hidupnya yang tidak ternilai dan “bukan permata biasa”.

SEMOGA REZEKI YANG SEDIKIT DAPAT MEMBAHAGIAKAN ANDA... BUKAN REZEKI YANG BANYAK DAPAT MENYENGSARAKAN ANDA.


“Puaslah dengan rezeki yang dikurniakankan oleh ALLAH kepada anda,
Nescaya anda akan menjadi manusia yang paling BAHAGIA...”

Umur yang dihitung adalah umur yang diisi dengan kebahagian, kesenangan, keredhaan,ketenangan dan kepuasan. Sedangkan ketika bersikap rakus, tamak dan merasa gelisah, maka ia bukanlah termasuk bahagian dari umur yang hakiki, kerana ia telah mengancam kesihatan dan kebahagian .maka jagalah keredhaan pada Allah, puas dengan pembahagian kurniaNya, beriman kepada takdirNya dan optimis dalam menghadapi masa depan. Jadilah seperti kupu-kupu, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung pada yang lain, terbang dari satu bunga ke bunga yang lain, dari satu tangkai ke tangkai yang lain dan dari satu taman ke taman yang lain... Atau menjadi seperti lebah...makan dari yang baik dan mengeluarkan yang baik. Bila hinggap pada ranting, ia tidak mematahkannya,menghisap sari bunga tanpa menyengatnya, mengeluarkan madu tanpa menyengat..terbang dengan membawa kecintaan dan hinggap dengan membawa kasih sayang. Ia mempunyai suara dengungan bagaikan berita gembira dan suara desingan bagaikan ungkapan kepuasan..seakan-akan ia bagaikan malaikat yang ada di langit turun ke bumi dari alam yang kekal...

Puisi Buat Muslimah...


Ku persembahkan sebuah puisi buat mu muslimah solehah…

Yang sentiasa mendirikan solat dan berpuasa dengan taat dan penuh kekhusyukkan...

Yang sentiasa memakai hijad setiap masa bagi menjaga aurat dan maruahnya, serta keteguhan hatinya..


Yang setiasa belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan kejernihan hati..


Yang sentiasa menepati janji, dapat menjaga amanah, jujur dan dapat dipercayai..


Yang sentiasa bersabar tika diuji , bermuhasabah dan bertaubat...


Yang sentiasa membasahkan bibirnya dengan alunan zikir dan doa serta sentiasa bersyukur…


Yang menjadikan Asiyah, Maryam, dan Khadijah sebagai contoh teladan..


Yang membimbing dan mendidik anak-anak dengan penuh keikhlasan..


Serta sentiasa berasa takut dan menjauhi diri dari segala larangan Agama...


Yang berjuang dengan kalimah-kalimah dan hujah yang penuh ketegasan..

Yang meniti jalan yang lurus dengan membawa panji-panji kebenaran...


Berbahagialah dan bergembiralah dengan dekatnya pertolongan, penjagaan Allah serta pahala dan nikmat yang besar jua pengampunan dosa-dosa silam..

CINTA PERTAMA VS CINTA UTAMA

Beriya-iya benar pertanyaan itu diajukan kepada ana. Ya, susah benar melupakan CINTA pertamanya.

“ sudah sepuluh tahun berlalu tapi hati tetap mengingati si Dia,” akuinya terus-terang.

“kenapa berpisah?” Tanya ana bersimpati.

“orang tua ada pilihan lain”ujarnya sayu.

“Dia telah berkahwin?”

“Sama macam saya. Kami sama-sama dah berkahwin. Saya mempunyai dua orang cahaya mata dan Dia baru seorang....”

“Cinta isteri sekarang?”tusuk kata ana perlahan.

Dia termenung....

“Tidak cinta barangkali, cuma terpaksa....”tebak ana lagi.

“Ehh..,tidak! Dia seorang isteri yang baik cuma....”

“Cuma tak dapat melupakan cinta pertama?”

Dia mengangguk..

“Cinta bukan Tuhan,”tegas ana padanya.

“Maksudnya?”

“Kita tak perlu tunduk kepadanya. Jangan apa sahaja ‘perintahnya’diikuti. Jangan menjadi hamba Cinta pertama!” jelas ana.

“Entahla...keliru pula”

“Jadilah hamba cinta utama.”tambah ana.

“Cintakan Allah cinta yang utama. Apabila kita telah cinta yang utama,cinta yang lain akan tunduk akur kepadanya...”Tambah ana lagi.

***********************
“Mungkin bekas kekasih saya dulu terbaik.......”katanya.

“Mungkin juga.. Tapi dia terbaik untuk suaminya kini. Dan anta juga terbaik,untuk isteri anta kini...”

“Siapa yang boleh menjamin kata-kata itu?”

“Cinta utama-Allah. Bila Allah mentakdirkan sesuatu, pasti itulah yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Maha suci Allah daripada bersifat zalim.”
“Saya tak pasti. Benarkah begitu?” Ana tersenyum dan menepuk bekalangnya pelahan.

“Ilmu kita terbatas,Ilmu ALLAH maha luas. Tidak dapat kita jangkaui hikmah takdir yang tersirat. Jika belum nampak kebaikannya masa kini, masa akan datang pasti terserlah jua. Sebagai hamba yang beradab, katakan begini.....Ya ALLAH,aku belum nampak lagi kebaikan takdir-Mu kini tetapi aku pasti ketentuan-Mu pasti ada kebaikannya nanti.

“Jadi apa jalan penyelesaiannya?”

“Cintailah apa yang ada,jangan cintai yang tiada. Keluarlah dari kenagan lama,hadapilah kenyataan hari ini.”

“Ah,sukarnya....”

“Lebih sukar jika yang ada sekarang terlepas dari gengaman.”

“Maksudnya....?”

“Seorang isteri, dua orang anak...sanggup awak korbankan kerana Cinta Pertama?”

“Tergamakkah saya berbuat begitu..?’Matanya memandang redup....jauh ke hadapan.

“Awak yang mesti jawab soalan itu. Bukan ana.”

“Kalau awak jadi saya?”

“Jika Ana jadi Anta, jawapannya...ya ! Anta kan mengagungkan Cinta pertama..Bukan ana.”

“Tak Sanggup!”

“ Jika tak sanggup lupakan. Kita tak boleh mengubah peristiwa yang telah berlaku tetapi kita boleh mengubah perasaan kita terhadapanya. Jika kita tidak dapat apa yang kita suka,sukailah apa yang kita telah dapat..jangan putus cinta dua kali...”

“Apa caranya?”

“ Cintailah CINTA YANG UTAMA. Apabila kita cintakan ALLAH, kita mampu mengubah cinta kita selaras dengan Kehendak-Nya.”

“Apa kehendak ALLAH terhadap saya?”

“Cintailah isteri...setiap suami mencintai isteri...bukan bekas kekasih.”

**Tingkatkanlah cinta kepada Pencinta Cinta-ALLAH. Dialah Al-Wahab(maha pemberi)**